Syukur ke hadrat Allah swt kerana telah mengurniakan masjid cantik, makmur dan indah ini. Masjid Al-Falah USJ 9 (MAF) siap dibina pada bulan September 1998, berharga RM 8.5 juta oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun (1986 – 1997). Masjid yang tersergam indah ini, boleh menampung kapasiti 6000 – 7000 orang jemaah. Keluasan lantai lebih kurang 40 000 kaki persegi di kedua-dua aras.

masjid al falah

Dirasmikan oleh Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan baginda perkenan menunaikan solat fardhu Jumaat pada 21 Syawal 1420 bersamaan 28 Januari 2000.

Kini MAF berjaya mengendalikan Sekolah KAFA dengan bantuan Jabatan Agama Islam (JAIS) dan dinamakan Sekolah Agama Rakyat MAF (SARMAF). Mampu memuatkan 1000 orang pelajar bagi sesi pagi dan petang.

masjid

Pada pertengahan tahun 2004, masjid ini dicantikkan dengan berkonsepkan keindahan Masjid Nabawi. Sehingga keindahaannya sedikit sebanyak boleh mengubati kerinduan Masjid Nabawi As-Syarif. Semua ini adalah sumbangan jemaah MAF.

s

s

Akhirnya, jutaan ucapan terima kasih dan Jazakumullahu khairan kathiran kepada para penyumbang dan para jemaah sekelian yang sentiasa menyokong MAF dalam semua aspek khususnya bagi menjayakan program-program dakwah, kemasyarakan dan seumpamanya di sini.

Sekian, terima kasih dari pihak Pegawai dan AJK MAF