Majlis Perkahwinan di Masjid al-Falah USJ 9

Masjid al-Falah mempunyai dua (2) orang Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) untuk menguruskan majlis pernikahan di Masjid al-Falah secara amnya dan juga dari USJ 7 hingga USJ 25 khususnya.
Ustaz Zuwairi 017-200 8384 (USJ 7 hingga USJ 17)*
Ustaz Muhammad Hakimi 019-951 1183 (USJ 18 hingga USJ USJ 25)*
* bergantung kepada keadaan

Dokumen lelaki: Borang Permohonan 2A, Borang Mastautin 1 (bagi mereka yang berlainan alamat di Mykad dan tempat tinggal), salinan Mykad/passport pemohon dan saksi – 2 orang, sijil kursus kahwin dan salinan dan keputusan HIV. Sekiranya berkahwin di luar negeri Selangor, sila sediakan 2 set borang dan dokumen permohonan. Untuk anggota keselamatan dan warga asing, tertakluk kepada prosedur yang telah ditetapkan.

Dokumen Perempuan: Borang Permohonan 2C, Borang Mastautin 1 (bagi mereka yang berlainan alamat di Mykad dan tempat tinggal), salinan Mykad/passport pemohon, wali dan saksi – 2 orang, sijil kursus kahwin dan salinan, sijil nikah ibubapa serta salinan dan keputusan HIV. Sekiranya berkahwin di luar negeri Selangor, sila sediakan 2 set borang dan dokumen permohonan. Untuk anggota keselamatan dan warga asing, tertakluk kepada prosedur yang telah ditetapkan.

Temujanji dengan PPP dan hadir bersama dengan wali (untuk pengantin perempuan) dan dua orang saksi lelaki yang berumur 18 tahun ke atas.

Masjid al-Falah menyediakan kemudahan untuk mana-mana pihak menganjurkan majlis perkahwinan samada secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran.

Ruang kantin dan ruangan khas di bahagian belakang solat Muslimat dikhaskan untuk jamuan majlis kecil-kecilan. Manakala ruang parkir kenderaan yang luas disediakan untuk majlis perkahwinan besar-besaran.

Sila berhubung dengan pihak pejabat Masjid al-Falah untuk maklumat kebenaran mengadakan majlis tersebut. PPP tidak bertanggungjawab dalam urusan ini.