Pautan untuk laman atas talian Masjid al-Falah

[Admin]
06 Zulkaedah 1444H
26 Mei 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam kemanisan iman dan Islam.

Berikut adalah pautan (link) untuk laman atas talian (page) Masjid al-Falah USJ 9.

  1. wakaf.masjidalfalah.com
    Masjid al-Falah telah bekerjasama dengan pihak Nasyrul Quran untuk mencetak dan mengeluarkan naskhah al-Quran bersama logo dan nama Masjid al-Falah USJ 9. Harga setiap naskhah adalah Al-Quran Bacaan (Kecil)(Duwali) RM100, Al-Quran Terjemahan (Sederhana) RM120 dan Al-Quran Tadabbur (Besar) RM170.
  2. ahlikariah.masjidalfalah.com
    Ahli kariah adalah mereka yang tinggal di dalam kariah Masjid al-Falah (USJ7 hingga USJ 15) dan berdaftar dengan masjid. Keahlian adalah bukan automatik dan penduduk dikehendaki untuk mengisi borang yang disediakan di pejabat masjid untuk menjadi ahli kariah. Fungsi ahli kariah adalah sebagai perwakilan untuk Mesyuarat Agung Tahunan samada Pemilihan, Khas atau Pembentangan aktiviti. Ahli kariah juga layak untuk dicalonkan dan dipilih menjadi Nazir, Ahli Jawatankuasa dan Pegawai Masjid ketika Mesyuarat Agung Pemilihan.
  3. qurban.masjidalfalah.com
    Masjid al-Falah USJ 9 membuka penyertaan untuk ibadah qurban/aqiqah bagi tahun 1444H. Satu bahagian lembu RM800 dan seekor lembu RM5,600 manakala seekor kambing RM1,100. Bilangan lembu dan kambing adalah terhad. Tarikh tutup penyertaan pada 01 Zulhijjah 1444H atau ketika cukup kuota yang yang ditetapkan oleh pihak masjid iaitu 25 ekor lembu dan 25 ekor kambing.
  4. ahlikhairat.masjidalfalah.com & khairatkematian.masjidalfalah.com
    Ramai di kalangan ahli jemaah salah faham dengan ahli kariah dan ahli khairat.
    Khairat kematian adalah satu program bantuan pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh pihak Masjid al-Falah USJ 9 melalui Biro Pengurusan Jenazah. Untuk ahli khairat, tiada bayaran dikenakan untuk pengurusan jenazah, penggunaan van jenazah (sekitar Lembah Klang sahaja) dan Tanah Perkuburan Islam USJ 22. Manakala untuk BUKAN ahli khairat, pengurusan jenazah di Masjid al-Falah adalah sebanyak RM350, penggunaan van jenazah bergantung kepada jarak (km) manakala kos pengebumian perlu dijelaskan di pejabat Tanah Perkuburan Islam USJ 22.
    Ahli khairat adalah secara keluarga, bukan individu.
    Yuran pendaftaran RM20, dan yuran tahunan RM50.
    Manakala yang memilih keahlian seumur hidup, RM500 tanpa perlu membayar yuran pendaftaran.
    Khairat kematian juga memberikan kebajikan kepada asnaf zakat LZS, keluarga miskin, mualaf dan sebagainya yang berada dalam Al-Falah Care USJ 9 sebagai salah satu khidmat sosial kepada masyarakat di dalam kariah Masjid al-Falah.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.