DJI_0135-tu-alfalah

Masjid al-Falah menyediakan tapak parkir kereta yang banyak untuk keselesaan para jemaah datang bersolat. Hampir 100 petak parkir kereta percuma disediakan untuk para jemaah. Manakala 56 tapak parkir kereta secara berbayar bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Parkir kereta percuma disediakan untuk para jemaah yang datang untuk menghadiri solat berjemaah, majlis-majlis ilmu dan juga untuk berurusan di pejabat masjid. Manakala parkir berbayar adalah untuk mereka yang bekerja di pejabat-pejabat sekeliling Masjid al-Falah sebagai menyediakan kemudahan kepada mereka.

Untuk mendapatkan parkir kereta berbayar ini, sila rujuk kontraktor yang bertanggungjawab. Tuan Haji Ainor 016-6072 161.

Tapak parkir kereta di Masjid al-Falah juga disediakan untuk mereka yang ingin melangsungkan majlis-majlis kesyukuran dan sebagainya yang ingin memasang khemah dan peralatannya. Sila hubungi pihak masjid untuk tempahan dan perincian penggunaannya.

Tapak parkir kereta ini akan dikunci pada jam 11.oo malam dan akan dibuka pada jam 4.00 pagi. Pihak masjid tidak bertanggungjawab dengan sebarang kejadian yang tidak diingini yang berlaku kepada setiap kenderaan yang diparkir pada tempoh tersebut.