kpj

Salah satu kemudahan yang terbaru disediakan di Masjid Al-Falah USJ9 adalah Klinik Waqaf An-Nur yang dikelolakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

kpj

Klinik ini dibina dengan kos sebanyak RM550,000.00 dari sumbangan orang ramai dan ahli korporat. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, Nazir Masjid Al-Falah USJ9 pada 28 Januari 2012.

klinik kpj

Kos rawatan adalah RM5 setiap kali rawatan termasuk ubat-ubatan. Klinik ini akan menyediakan rawatan dialisis pada masa akan datang.

Hubungi klinik:

Tel:016-2900843

 

MAKLUMAT RINGKAS PROJEK PEMBANGUNAN KLINIK WAQAF AN-NUR DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA, SELANGOR

SUBANG JAYA, 28 JANUARI 2012 – Majlis Pecah Tanah Klinik Waqaf An-Nur di Masjid Al-Falah, Subang Jaya adalah merupakan lanjutan daripada perancangan KPJ Jealthcare Berhad bersama Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya sebagai satu usahasama bagi mewujudkan klinik kesihatan yang berasaskan konsep waqaf.

Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) ini menawarkan perkhidmatan perundingan dan kesihatan kepada pesakit yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama terutama mereka yang kurang berkemampuan pada kadar minima serendah RM5.00.

Klinik Waqaf An-Nur adalah merupakan satu Tanggungjawab Korporat (CR) KPJ Healthcare dalam menyalurkan perkhidmatan prisihatin (healthcare) kepada masyarakat umum. Konsep ini dipelopori oleh Syarikat Induk KPJ Healthcare iaitu Johor Corporation bermula pada tahun 2000.

Sehingga kini rangkaian Klinik Waqaf An-Nur seluruh negara telah mencecah 18 buah klinik termasuk sebuah Hospital Waqaf di Pasir Gudang, Johor. Setakat ini secara keseluruhannya rangkaian Klinik Waqaf An-Nur ini telah merawat hampir 600,000 orang pesakit.

Klinik Waqaf An-Nur Masjid Al-Falah ini merupakan projek Klinik Waqaf kedua di bawah kelolaan KPJ Damansara Specialist Hospital selepas Klinik Waqaf An-Nur Masjid bandar Baru, Sg Buloh. Alhamdulillah dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, setakat ini sudah ada 7 Klinik Waqaf An-Nur di 7 masjid di negeri Selangor di bawah kelolaan KPJ Healthcare. Bilangan ini akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut kemampuan dan sokongan masyarakat.