Kelebihan Menjadi Ahli Khairat

Pengurusan Jenazah percuma untuk semua ahli keluarga dan ibu bapa. Pengangkutan dari tempat meninggal ke masjid seterusnya ke kubur. Dalam lingkungan Lembah Klang sahaja

Urusan yang mudah dan berpusat di Masjid Al-Falah

Yuran cuma RM50 setahun atau RM500 seumur hidup untuk seluruh ahli keluarga, serta yuran pendaftaran RM20 sahaja

 

Skim ini adalah untuk meringankan kos pengurusan jenazah nanti.

Kepada yang belum mendaftar, bolehlah berbuat demikian di Pejabat Pentadbiran Masjid.

Download Borang Pendaftaran Ahli Khairat

 

Pendaftaran dan Pembaharuan

i. PADA WAKTU PEJABAT

Pejabat 03-8011 6949

ii. DI LUAR WAKTU PEJABAT

Dokumentasi hanya di waktu pejabat sahaja

iii. BANK IN KE AKAUN BANK ISLAM

Atas nama: MASJID AL-FALAH USJ 9
No akaun: 12065010009005

Sila emailkan salinan slip ‘bank in’ ke alamat:
admin@masjidalfalah.com
sila nyatakan tujuan pembayaran di dalam email bagi mengelakkan kekeliruan.

SEMUA PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI TUNAI ATAU CEK ATAS NAMA “MASJID AL-FALAH USJ 9”

Aliran Urusan Jenazah

a. Waris hubungi pihak Masjid sebagai makluman kematian. Berbincang dengan kaum keluarga untuk tempat pengebumian.
b. Pihak Masjid akan menghubungi pihak Tanah Perkuburan Islam USJ 22 sekiranya kaum keluarga bersetuju jenazah dikebumikan di sana. Sekiranya ingin dikebumikan di tempat lain, urusan tersebut diuruskan oleh pihak kaum keluarga sendiri.
c. Waris dapatkan Sijil Mati & Kebenaran Pengkebumian dari Polis / Hospital. Satu salinan untuk pihak Masjid sebagai rekod, dan satu salinan asli (warna biru) untuk urusan pihak Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

 

tanah perkuburan mpsj

tanah kubur mpsj

Peta lokasi Tanah Perkuburan MPSJ

[google_map latitude=”3.023656″ longitude=”101.585918″ type=”roadmap” zoom=”14″ border=”yes” height_percent=”100″]peta-kubur