Archive for the ‘Aktiviti’ Category

Mesyuarat Agong Pemilihan AJK 2012 – 2015

Monday, February 13th, 2012

Mesyuarat Agong Pemilihan AJK 2012 – 2015

Tarikh : 24 Mac 2012
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Solat Masjid Al-Falah
Pemilihan : Terbuka kepada semua ahli kariah yang berdaftar. Sila daftar keahlian di pejabat masjid.

Tarikh Tutup Pendaftaran ahli kariah: 10 Mac 2012

Bantahan Senarai Ahli Kariah bermula 10 Mac hingga 17 Mac 2012

Borang keahlian boleh diambil di sini (klik)

SYARAT AHLI KARIAH YANG LAYAK MEMBUAT PENCALONAN

Pendaftaran ahli kariah Masjid / Surau dilaksanakan mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001. Bagi tujuan pendaftaran dan pencalonan, syarat ahli kariah adalah seperti berikut:
1.1    Warganegara Malaysia
1.2    Berumur 18 tahun dan ke atas bagi lelaki dan perempuan
1.3    Tinggal tetap bermukim dan bermastautin di dalam kariah Masjid
1.4    Hendaklah berdaftar dengan Masjid sebagai ahli kariah
1.5    Berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
1.6    Solat berjemaah di Masjid/Surau dalam kariah; atau
1.7    Membayar zakat fitrah dalam kariah; atau
1.8    Menunaikan solat hari raya; atau
1.9    Solat Jumaat dalam kariah Masjid
1.10    Ahli kariah Surau juga secara tidak langsung adalah ahli kariah Masjid yang di bawah pentadbiran Masjid berkenaan.
1.11    Surau Al-Madaniah         USJ 18
1.12    Surau Nurul Hasanat         Court 4/5, USJ 8
1.13    Surau Al-Fathul Ghaffur     USJ 1
1.14    Surau Nur Hidayah         USJ 9
1.15    Surau Al-Muttaqun         USJ 12
1.16    Surau Nurul Ehsan         USJ 16
1.17    Surau At-Taqwa        Court 3, USJ 8
1.18    Surau Al-Hijrah        Court 2, USJ 6
1.19    Surau Ar-Rayyan        IPD, USJ 8
1.20    Surau At-Taqwa        Court 6, 8

Pakej Umrah dan Ziarah Anjuran Biro Pemuda Masjid Al-Falah

Thursday, February 9th, 2012

Di sini ada dua pakej umrah ziarah Baitul Maqdis iaitu perjalanan ziarah dari Kuala Lumpur -> Masjid Al-Aqsa -> Jordan -> Madinah -> Mekah.

Pakej sebelah kiri adalah pakej biasa (15 hari 13 malam) dan pakej sebelah kanan adalah Pakej Kembara (13 hari 11 malam). Ia masih terbuka kepada 40 orang terawal yang membuat tempahan dan pembayaran (siapa cepat dia dapat).

Kuota ziarah Baitul Maqdis ini adalah seramai 60 orang. Tarikh ziarah ini adalah pada 5 Mei 2012 dan juga 25 Mei 2012.

Terdapat 4 kali kursus umrah percuma dan satu kenduri tahlil kepada semua perserta yang menempah tempat dalam pakej di atas.

Kursus dan tahlil akan diadakan di Masjid Al-Falah USJ 9.

Untuk tempahan dan pembayaran atau sebarang pertanyaan, sila berurusan dengan:
Ustaz Yadman: 019-6682949
Mohd Firdaus: 012-3096345

Ceramah khas oleh Sheikh Mustafa Juskon

Monday, February 6th, 2012


Ceramah khas oleh Sheikh Mustafa Juskon (Pengasas Maahad Tahfiz Samsun, Turki dan pembimbing jemaah haji Turki) sempena lawatan beliau ke seluruh Maahad Tahfiz Turki di Malaysia dan Indonesia.

Tarikh: 7 Februari 2012 (Selasa)
Waktu: Selepas solat maghrib
Lokasi: Dewan solat utama Masjid Al-Falah USJ 9
Tajuk: Dakwah dan Al-Quran dalam kehidupan manusia

Jemput datang beramai-ramai…

Jadual Kuliah Bulan Feb 2012

Wednesday, February 1st, 2012

Jadual versi PDF boleh di ambildi sini (klik)

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Friday, January 27th, 2012

Mari Belajar Mengaji

Friday, January 27th, 2012

Kelas pengajian Al-Qur’an untuk pemuda-pemuda sekitar Masjid Al-Falah USJ 9 akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat selepas solat Isyak.

Terbuka kepada semua pemuda-pemuda umur 18 tahun ke atas.

kelas terbahagi kepada 3 group:

1. mereka yang baru nak mengeja, baca kitab Iqra’ atau Qira’ati

2. mereka yang dah boleh mengeja, tetapi belum lancar

3. mereka yang dah lancar, akan dilantik sebagai pengajar

 

Insya Allah semua.

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor

Tuesday, January 17th, 2012

Tarikh: 5 Feb 2012

Hari: Ahad

Jam: Bermula 7.30 pagi hingga 12 tengah hari

Tempat: Mini Stadium ke Stadium Melawati

Masjid Al-falah akan menghantar kontinjen seramai 55 orang termasuk Mazlan Ahmad (Lan Petpet)

Peserta kontinjen diminta berkumpul di Masjid Al-Falah bermula solat Subuh dan akan bertolak pukul 6.30 pagi.

Sambutan Maulidur Rasul

Tuesday, January 17th, 2012

Tarikh: 3 Feb 2012
Jam: Bermula 6 petang sehingga 10 malam

Qiamullail: Bermula Jam 3.30 pagi

Bersama Habib Ali dan Kumpulan Qasidah

Jadual Kuliah Januari 2012

Wednesday, January 4th, 2012

PDF file boleh didapati di sini (klik)

Kuliah Bulanan Bersama Ustaz Zainul Asri

Thursday, December 22nd, 2011