
Archive for the ‘Aktiviti’ Category
Majlis Pengishtiharan antara MAF dan Masjid Umar Abdul Aziz, Gaza, Pelestin
Monday, February 20th, 2012Kursus Asas Haji Bersiri 2012
Thursday, February 16th, 2012
Kursus Asas Haji Bersiri Anjuran Masjid Al-Falah USJ 9 bersama Rayhar Travels akan bermula pada 7 April 2012 ini. Pendaftaran dibuka sekarang. Borang pendaftaran boleh diambil di sini (klik) atau terus ke pejabat masjid.
Mufti Ismail Menk Live in KL
Tuesday, February 14th, 2012Mesyuarat Pemilihan AJK bagi sesi Jun 2012 hingga Mei 2015
Monday, February 13th, 2012Mesyuarat Pemilihan AJK bagi sesi Jun 2012 hingga Mei 2015
Tarikh : 24 Mac 2012
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Kuliah Masjid Al-Falah
Pemilihan : Terbuka kepada semua ahli kariah yang berdaftar. Sila daftar keahlian di pejabat masjid.
Syarat-syarat keahlian:
1. Warganegara Malaysia
2. Bermastautin di Kariah Masjid Al-Falah melebihi 4 bulan
3. Berumur 21 tahun dan ke atas.
Borang keahlian boleh diambil di sini (klik)
Pakej Umrah dan Ziarah Anjuran Biro Pemuda Masjid Al-Falah
Thursday, February 9th, 2012Di sini ada dua pakej umrah ziarah Baitul Maqdis iaitu perjalanan ziarah dari Kuala Lumpur -> Masjid Al-Aqsa -> Jordan -> Madinah -> Mekah.
Pakej sebelah kiri adalah pakej biasa (15 hari 13 malam) dan pakej sebelah kanan adalah Pakej Kembara (13 hari 11 malam). Ia masih terbuka kepada 40 orang terawal yang membuat tempahan dan pembayaran (siapa cepat dia dapat).
Kuota ziarah Baitul Maqdis ini adalah seramai 60 orang. Tarikh ziarah ini adalah pada 5 Mei 2012 dan juga 25 Mei 2012.
Terdapat 4 kali kursus umrah percuma dan satu kenduri tahlil kepada semua perserta yang menempah tempat dalam pakej di atas.
Kursus dan tahlil akan diadakan di Masjid Al-Falah USJ 9.
Untuk tempahan dan pembayaran atau sebarang pertanyaan, sila berurusan dengan:
Ustaz Yadman: 019-6682949
Mohd Firdaus: 012-3096345
Ceramah khas oleh Sheikh Mustafa Juskon
Monday, February 6th, 2012
Ceramah khas oleh Sheikh Mustafa Juskon (Pengasas Maahad Tahfiz Samsun, Turki dan pembimbing jemaah haji Turki) sempena lawatan beliau ke seluruh Maahad Tahfiz Turki di Malaysia dan Indonesia.
Tarikh: 7 Februari 2012 (Selasa)
Waktu: Selepas solat maghrib
Lokasi: Dewan solat utama Masjid Al-Falah USJ 9
Tajuk: Dakwah dan Al-Quran dalam kehidupan manusia
Jemput datang beramai-ramai…
Jadual Kuliah Bulan Feb 2012
Wednesday, February 1st, 2012Jadual versi PDF boleh di ambildi sini (klik)
Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Friday, January 27th, 2012Mari Belajar Mengaji
Friday, January 27th, 2012Kelas pengajian Al-Qur’an untuk pemuda-pemuda sekitar Masjid Al-Falah USJ 9 akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat selepas solat Isyak.
Terbuka kepada semua pemuda-pemuda umur 18 tahun ke atas.
kelas terbahagi kepada 3 group:
1. mereka yang baru nak mengeja, baca kitab Iqra’ atau Qira’ati
2. mereka yang dah boleh mengeja, tetapi belum lancar
3. mereka yang dah lancar, akan dilantik sebagai pengajar
Insya Allah semua.
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor
Tuesday, January 17th, 2012Tarikh: 5 Feb 2012
Hari: Ahad
Jam: Bermula 7.30 pagi hingga 12 tengah hari
Tempat: Mini Stadium ke Stadium Melawati
Masjid Al-falah akan menghantar kontinjen seramai 55 orang termasuk Mazlan Ahmad (Lan Petpet)
Peserta kontinjen diminta berkumpul di Masjid Al-Falah bermula solat Subuh dan akan bertolak pukul 6.30 pagi.








