CAR BOOT SALEIMG_0397

 

Bagi memeriahkan lagi Masjid al-Falah USJ 9 dan juga menambahkan ekonomi masyarakat, Masjid al-Falah melalui Biro Pemuda melaksanakan inisiatif mewujudkan program bulanan Car Boot Sale yang akan diadakan pada setiap hari Ahad minggu pertama setiap bulan.

Program ini bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12 tengah hari di perkarangan Masjid al-Falah USJ9. Bagi menarik lagi perhatian hadirin, pada hari tersebut dengan kerjasama dari Biro Dakwah dan Biro Muslimat, kuliah Dhuha akan disampaikan oleh penceramah-penceramah hebat.

Sebarang pertanyaan dan maklumat, boleh rujuk ke pihak pejabat.