BIRO PEMUDA

Pendahuluan
Masjid Al-Falah melalui Biro Pemuda adalah mensasarkan pembangunan jati diri remaja dan pemuda di sekitar Subang Jaya terutama bagi Kariah Masjid Al-Falah, dengan merancang dan melaksanakan program-program berskala kecil dan bersekala besar untuk ditumpukan kepada pembangunan sahsiah yang seimbang, duniawi dan ukhrawi.

Melalui perancangan yang strategik, Biro Pemuda kembali aktif setelah dikendalikan oleh barisan pemuda yang baru dipimpin oleh Ustaz Fahmi Bazlan, merangkap bilal Masjid Al-Falah.

Selain program yang berterusan Biro Pemuda telah membuka keahlian Kelab Pemuda dan telah pun menjalankan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan penyertaan yang lebih meluas. Memandangkan perancangan pembangunan pemuda ini memerlukan dana yang agak tinggi, Biro Pemuda telah Berjaya melakukan transformasi dengan mengadakan Car Boot Sale sebagai penjanaan ekonomi bagi kelansungan program yang telah dirancang, tanpa membebankan kewangan Masjid. Berikut adalah Jawatankuasa Biro Pemuda , Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan aktiviti yang telah dirancang.

Demi memenuhi keperluan aktiviti Pemuda yang semakin berkembang bagi sesi 2014 – 2015, beberapa aktiviti diperkenalkan seperti , Kelas Mengaji, Program Tadarus, Riadhah Futsal Mingguan, Perlawanan Bola Sepak, Ekspedisi Bukit Broga, Rehlah Pemuda dan Usrah Pemuda.

Jawatankuasa
Penasihat
Dato’ Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir
Ketua Biro
Ustaz Fahmi Bazlan Bin Muda
Timb. Ketua Biro
Heidilee Bin Mohammad
Bendahari
Mohammad Hafizan Bin Tajudin
AJK
En. Zaidi Che Noor
AJK Landskap
Adam
AJK Pengisian
Zakri Bin Ismail
AJK Riadhah
Khairul Asyraf bin Mansor

Aktiviti yang telah diadakan bermula Julai 2014-Disember 2014
Car Boot Sale & Seminar Pengurusan Jenazah
Car Boot Sale & Kursus Sembelihan Mengikut Syarak
Car Boot Sale
Car Boot Sale Disember

Aktiviti yang telah dijalankan sehingga JANUARI 2015-OGOS 2015
Ground Zero Kuala Krai
Car Boot Sale & Kids Colouring Contest
Car Boot Sale & Musabaqah Tilawah Al-Quran
Riadhah Futsal
Tadarus Subuh
Car Boot Sale & Pertandingan Nasyid Terbuka Bawah 7 Tahun
Outdoor (Program Membantu Masyrakat Muallaf Orang Asli)
Menawan puncak Broga
Tadarus Ramadhan

Rumusan
Sekian sahaja laporan Biro Pemuda Julai 2014 sehingga Ogos 2015, kami mengharapkan kerjasama dari semua Kariah Masjid Al-Falah untuk menyokong aktiviti dan program yang akan kami jalankan demi memakmurkan Masjid Al-Falah. Kami mengalu-alukan penyertaan yang lebih ramai dari Kariah Masjid Al-Falah untuk manfaat bersama. Biro Pemuda juga membuka ruang kerjasama kepada mana-mana individu atau agensi yang ingin  menyemarakkan lagi usaha murni kami ini.

Sejak bermulanya aktiviti, Alhamdulillah Biro Pemuda telah berjaya menarik minat belia untuk mengikuti kelas Pengajian Al-Quran dan serba sedikit mereka menunjukkan minat dalam mengetahui asas-asas Islam melalui Usrah Mingguan. Secara tidak langsung menjadi generasi pelapis untuk memakmurkan Rumah Allah secara istiqamah, InsyaAllah

Sumbangan idea atau dana amat diperlukan, sebarang pertanyaan berkenaan Biro Pemuda boleh diajukan kepada Ustaz Fahmi Bazlan Bin Muda di talian 011-11079969 atau email fahmibazlan@gmail,.com. Sekian Wasalam.