BIRO MUSLIMAT

Pengenalan
Biro Muslimat adalah merupakan salah satu biro yang sangat penting dalam mengimarahkan Masjid Al Falah.  Berperanan menyebarkan dakwah dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi faedah kepada golongan wanita, remaja dan anak-anak.  Fungsi Biro Muslimat adalah sama seperti biro-biro yang lain bagi memakmurkan Masjid Al Falah.  Menjadikan Masjid Al Falah sebagai gedung ilmu untuk masyarakat Islam dengan mengadakan kuliah dhuha setiap hari, Kursus Asas Haji bersiri, Tadarus Al-Quran bulan Ramadhan, Lawatan Ilmiah dalam dan luar Negara untuk muslimat, menganjurkan kuliah mingguan dan bulanan, Kem Motivasi Remaja, Kem Tahfiz dan program kanak-kanak di musim cuti sekolah.

Senarai AJK Biro Muslimat
1.    Pn Halua (Salwa) binti Bahrum (Ketua Biro)
2.    Pn Rennie Syafieda binti Abdul Rahman
3.    Pn Noraishah binti Abdull
4.    Pn Ruhana binti Alias
5.    Pn Roslina binti Abu Bakar
6.    Pn Nooraishah binti Aman
7.    Pn Atikah binti Zahar
8.    Pn Nor Samsiah binti Othman
9.    Pn Hasmah binti Ismail

Objektif
1)    Melahirkan muslimat dan ibu-ibu berilmu, bermaklumat, beriman dan bertaqwa.
2)    Menyediakan program-program dan aktiviti-aktiviti yang berkualiti seperti kuliah harian, seminar, kursus dan lain-lain.
3)    Membuka ruang kepada semua Jemaah muslimat untuk menambah kenalan, sillaturrahim dan ukhuwah.
4)    Menyediakan program-program remaja seperti perkhemahan, kem tahfiz, kuliah dan motivasi bulanan, tadarus Ramadhan dan program cuti sekolah.
5)    Meningkatkan sahsiah diri para remaja
6)    Menimbulkan kecintaan terhadap masjid dan para ulama’.

Aktiviti Mingguan dan Bulanan
Pengajian Fiqah, Aqidah, Tadabbur/tafsir Al-Quran, Sirah Nabi, Hadis, Solat Tasbih, Solat Hajat serta ceramah-ceramah umum.  Ceramah khas bersama penceramah jemputan seperti Dato’ Dr Haron Din, Dato’ Abu Hassan Din, Dato’ Kamaruddin Zakaria, Dato’ Nik Zawawi Nik Yusof, Dr Roslan Mohammad, Ustaz Heryanto Rizal, Ustaz Nik Bakri Nik Mat, Ustazah Nurhafizah Musa dan beberapa lagi guru-guru lain yang mampu memakmurkan Masjid Al Falah.

Aktiviti Berkala Sepanjang Jun 2014 – Jun 2015
Tadarus Ramadhan bermula: Peserta terdiri dari muslimat dewasa, remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Daurah Ilmiah bersama Habib Kazim.
Praktikal Kursus Haji Bersiri.
Jaulah Ukhuwwah bersama Ustazah Nur Alina Al-Munawar ke Maahad Darul Hadis Alor Setar, Maahad Tahfiz As-Syattiri, Yan dan MATIN Perlis.
Imarah Ramadhan 2014. Antara Penceramah Khas adalah: Dato’ Nik Zawawi Nik Yusof, Dato’ Abu Hassan Din, Ustaz Zulkifli M.Suhaimi,     Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang, Syeikh Nazrul Nasir, Syeikh Abd Aziz Ghonim, Ustaz Syamsulzaman, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
Majlis Khatam Al-Quran Perdana.
Ceramah Khas Muslimat bersama Ustazah Norhafizah Musa.
Ceramah Khas Muslimat bersama Ustaz Kamal Ashaari
Ceramah Umum bersama Dr Roslan Mohammad.
Ceramah Umum bersama Dr Azhar Yaakob.
Ceramah “Kelebihan Al-Quran” bersama Syeikh Abdul Karim Al-Makki.
Ziarah ke Bumi Acheh bersama Ustazah Nur Alina Al-Munawar.
Kem Tahfiz.
Kem Pra Huffaz.
Ziarah Semarang – Surabaya.
Majlis Tausiah Dua Rumpun.
Forum Bual Bicara bersama Ustaz Yussaine Yahya dan Ustaz Abdullah Khairi.
Ceramah Khas Muslimat bersama Ustazah Dato’ Norbahyah Mahmud.
Ceramah Khas Muslimat bersama Dr. Robiah Kulup Hamzah.
Forum Bual Bicara bersama Ustazah Asni Mansor dan Ustazah Nurul Hidayah.
Ihya Ramadhan 2015: Antara Penceramah Jemputan adalah: Ustaz Dr. Roslan Mohammad, Ustaz Syamsulzaman, Dato’ Abu Hassan Din, Ustazah Norhafizah Musa, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang.