BIRO MUALAF
(mendapat tauliah dari Bahagian Pendidikan Mualaf JAIS)

Pengenalan
Biro Muallaf ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu golongan yang baru @ ingin memeluk Agama Islam serta memberi kefahaman tentang Islam kepada Non-Muslim. Biro ini ditubuhkan pada pertengahan Januari tahun 2014.

Ahli Jawatankuasa
Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai (Ketua) – memegang tauliah Panel Dakwah Mualaf (PDM) JAIS
Ustaz Faiq Khalifa (AJK)
Mustafa (AJK)
Ahli
Puan Nurfatimah bt Abdullah
Puan Khairunnisa bt Entering
Cik Siti Zaleha bt Abdullah
Cik Nur Aisyah Chu bt Abdullah
Puan Yesmin bt Abdullah
Puan Nur Alisya Gibun bt Abdullah
Puan Nur Qisya Law Onn Khuan
Puan Ety Eriwati Sinaga
Cik Erkris Azritul Ikmal bt Azmee
Puan Humairah Qasidah bt Abdullah
Cik Reena Syamimi
Puan Nur Mahdiyah bt Angumin
Puan Siti Aisyah bt Abdullah
Encik Mohammad Nizam b Abdullah
Encik Annur b Abdullah
Encik Nashrullah Wong
Encik Ong En Kiat

Fungsi
Mengurus, merekod, menyelenggara, mengemas kini dan mengawal pendaftaran Muallaf;
Merancang dan melaksanakan program-program pendidikan Muallaf;
Mengenalpasti, mengurus dan menjaga hal ehwal kebajikan Muallaf, dan;
Mengurus dan melaksanakan program dakwah kefahaman Islam kepada Non-Muslim.

Aktiviti
Mengadakan kelas bimbingan fardhu ain kepada muallaf setiap hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Isnin bermula selepas solat Maghrib hingga Isyak.
Terlibat dalam acara Car Boot Sale anjuran Biro Pemuda Masjid dan juga majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Masjid al-Falah.
Menyampaikan sumbangan kemanusiaan & kebajikan kepada para muallaf yang memerlukan.
Menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah (Muallaf Diutamakan) untuk Muallaf (26 April 2015).
Mengemaskini laman facebook rasmi Biro Muallaf (https://www.facebook.com/pages/Al-Falah-Care-USJ-9)