BIRO KHAIRAT KEMATIAN

Objektif
Biro Khairat Kematian Masjid Al Falah ini ditubuhkan untuk menguruskan, memudahkan, membantu dalam semua aspek pengurusan jenazah untuk kariah masjid sekeluarga, dan kawasan sekelilingnya, bagi menyempurnakan tuntutan fardu kifayah

Menyegerakan Pengebumian
Hadis Sahih Muslim Ref 896.Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi S.A.W, sabdanya: “segerakanlah menguburkan jenazah! Jika dia orang baik, berarti kamu segera menghantarkanya kepada kebaikan.Jika dia orang jahat, berarti kamu segera menghindarkan bencana terhadap diri mu.

Ahli Jawatankuasa
Haji Samsuddin bin Haji Dahalan (Ketua Biro)
Bilal Fahmi Bazlan bin Muda (Jenazah Muslimin)
Tuan Haji Soparno (Jenazah Muslimin)
En. Ainor Faridz bin Jamal (Pemandu)
En. Rosdi Azis (Pemandu)
Dato’ Seri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir
Khairul Annuar bin Arif
Rennie Syafieda Abdul Rahman (Jenazah Muslimat)
Nor Samsiah Othman (Jenazah Muslimat)

Perlaksanaan
Mementingkan hidup bermasyarakat dengan mengutamakan anak khariah serta keseluruhan jemaah Al Falah. Semata mata memenuhi tuntutan fardu kifayah.
Mengajak ahli khariah menjadi sukarelawaan untuk menguruskan jenazah serta pemandu kereta jenazah.
Menanggung pengurusan jenazah kepada waris yang kurang mampu dan memberi bantuan panduan kepada ahli waris.
Menyediakan kelengkapan mandi jenazah, kafan, solat jenazah dan pengkebumian.
Membantu ahli waris untuk urusan di tanah perkuburan
Membantu ahli waris untuk tuntutan SKIM MESRA USIA EMAS Kerajaan Negeri Selangor saperti berikut:
–    Biro khairat kematian akan membantu ahli waris memproses pendaftaran ahli kariah yang telah meninggal dunia dan menepati kriteria yang di tetapkan oleh kerajaan Negeri Selangor.
–    Mana mana ahli khariah yang merupakan anak jati ataupun telah menetap di negeri Selangor melebihi 15 tahun serta berusia 60 TAHUN keatas semasa meninggal dunia, layak mendapat tuntutan sehingga RM2,500.00. Semua tuntutan perlu dimajukan kepada pejabat ADUN.

Jika sekiranya tetamu atau saudara mara, ibu bapa, luar mukim datang kerumah ahli (yang menjadi ahli khairat kematian MAF) dan meninggal dunia dan ingin diuruskan di MAF, pihak MAF akan mengenakan kos urusan saperti biasa ia itu RM300.00 serta RM150.00 untuk tanah perkuburan.
Bagi kanak kanak di bawah 12 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran
Bagi keluarga atau ahli waris yang tidak mampu, pihak MAF tidak akan memberatkan keluarga dan tidak perlu membayar malahan Biro Khairat sedia menguruskan tahlil dan sebagainya di masjid ( In Shaa ALLAH).
Biro Khairat juga sedia menghantar jenazah ke luar kariah (outstation) dengan di kenakan bayaran saperti berikut :
Bayaran Saguhati kepada pemandu RM300.00 yang jaraknya melebihi 150KM sehala.
Tol di tanggung oleh ahli waris
Bayaran sebanyak RM1.20/sekilometer (pergi/balik) akan dikenakan kepada ahli waris
(Bagi ahli khairat tidak di kenakan sebarang bayaran)
+Biro Khairat tidak mengalakan pengkebumian di sebelah malam, ini berpandukan Hadis Shahih Muslim ref 895: Dari Jabir Bin Abdullah r.a katanya: “ Pada suatu hari Nabi S.A.W berkhutbah,lalu beliau menyebut nama salah seorang sahabatnya yang telah meninggal dan dikhafani dengan khafan yang kurang panjang,serta di kuburkan malam hari. Nabi S.A.W melarang menguburkan mayat malam hari, supaya dapat disolatkan (oleh jemaah yang lebih banyak), kecuali jike terpaksa.Sabda beliau, “Apabila kamu mengkafani mayat saudara mu, maka kafanilah dengan sebaik baiknya.”
Biro khairat juga telah menyambung perancang dari Biro terdahulu iaitu menaik taraf bilik jenazah yang telah siap sepenuhnya pada 2013.

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun (2013-2015).
a.    Membantu salah sebuah surau di Seksyen 7, Shah Alam dalam mengadakan kursus pengurusan jenazah.
b.    Membuat besi hadangan di hadapan foyer utama bagi memudahkan urusan pengurusan jenazah.
c.    Membuat papan tanda “Dilarang Meletak Kenderaan di Sini, Khas Untuk Kenderaan Jenazah Sahaja.”
d.    Pengubahsuaian Van Jenazah tajaan Sinergi Ikram Sdn Bhd, dengan peralatan siren baru, cat, pengusung, spot light, undercarriage dll.
e.    Jumlah ahli meningkat, daripada 170 keahlian (Julai 2010),ke 225 keahlian (Julai 2011),250 keahlian (Mei 2012), 327 keahlian (Oktober 2013), 392 keahlian (Oktober 2014)  dan sehingga September 2015 jumlah keahlian meningkat sebanyak 51 keahlian menjadi 443 keahlian. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 197 keahlian didaftarkan keahlian seumur hidup iaitu sebanyak 44.5%.
f.    Membantu Biro Pemuda dalam Seminar Pengurusan Jenazah baru-baru ini.
g.    Membantu MPSJ dalam Pengurusan Jenazah Perkuburan USJ21.
h.    Mengurangkan kos pengurusan jenazah daripara RM750 ke RM450 (33%) bagi setiap satu jenazah.
(RM150: Pengebumian MPSJ, RM150: Mandi, RM50: Pengangkutan, RM50: Kafan & RM50: Talkin). Kepada keluarga yang kurang berkemampuan, tiada bayaran di kenakan.
i.    Sedia membantu ahli khairat, sekurang-kurangnya 1 kali dalam membuat tajaan makanan semasa majlis tahlil di masjid kepada ahli khairat yang memerlukan bantuan/ kurang berkemampuan.
j.    Kursus Pengurusan Jenazah di IPD Subang Jaya.

Kesimpulan
Biro ini merupakan biro yang amat penting sekiranya berlaku kematian. Biro ini perlu berurusan dengan MPSJ dalam hal-hal berkaitan kematian, permit pengkebumian di Tanah Perkuburan. Sepanjang tempoh Julai 2014 – Jun 2015, di anggarkan seramai 48 kematian berlaku di Kariah Masjid Al Falah.