BIRO KESELAMATAN

Pengenalan
Masjid telah menugaskan Paradise Security Services Sdn Bhd untuk melaksanakan dan memantau tugas-tugas pengawalan keselamatan di masjid mulai 15 Julai 2010. Walau bagaimana pun kontrak syarikat ini telah tamat pada 30 Jun 2014.  Masjid telah melantik syarikat baru AHM Consultancy Sdn Bhd mulai 1 Julai 2014 selama dua tahun dengan menawarkan dua pasukan pegawai keselamatan bertugas pada sesi siang mulai 7 pagi hingga 7 malam dan pasukan malam bertugas mulai 7 malam hingga 7 pagi setiap hari. Terdapat 5 pintu masuk kedewan sembahyang dan 2 pintu kecil ke pejabat imam-imam, kantin sehingga ke dewan solat. Terdapat 5 tabung masjid di pintu masuk yang dikunci selepas sembahyang atau selepas aktiviti masjid tamat. Jumlah tempat letak kenderaan ialah antara 170-200 petak.

Masjid telah memasang CCTV dipintu masuk utama masjid untuk merakam sebarang kejadian bagi mengelakkan kecurian.

Senarai AJK Kecil
Ketua
Dr.Khazali bin Haji Mohd Zin
Ahli
En.Meor Zuhaini bin Halim Osman
Kapt (B) Kamaruzaman bin Abd Karim

Aktiviti
Pengawal-pengawal telah melibatkan diri dalam semua aktiviti masjid yang melibatkan kehadiran orang ramai seperti kawalan trafik, susun atur kenderaan pada hari Jumaat dan hari-hari yang lain. Tugasan dan kejadian yang berlaku ada direkodkan.

Rumusan
Dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh biro ini, kes-kes kecurian dapt dikurangkan. Tiada aktiviti sumbang di tempat letak kereta diwaktu malam seperti sebelum ini. Secara amnya, kawalan keselamatan di masjid adalah terkawal. Sebarang teguran bagi penambahbaikan mutu pengawalan amat dialu-alukan.