BIRO KEMASYARAKATAN

Objektif
a.    Memberi bantuan kebajikan kepada ahli-ahli kariah
b.    Mengendalikan aktiviti kemasyarakatan terbuka kepada semua kaum
c.    Menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti kebajikan bagi melahirkan masyarakat yang cintakan masjid
d.    Mengukuhkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan

Senarai AJK Kecil
Ketua
Dato Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir
Setiausaha
Dr. Khazali bin Haji Mohd Zin
Ahli
Pn Latiffah binti Mohamad
Hj Hashim bin Ahmad
Ahmad Fuad bin Zakaria
Kefli bin Yahaya
Pn Suhanie binti Mali

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun
Biro ini menumpu kepada beberapa aktiviti yang memenuhi objektif-objektif di atas. Secara amnya, aktiviti terbahagi kepada 4 pecahan:
a.    Aktiviti untuk bantuan kebajikan ahli-ahli kariah
b.    Aktiviti melibatkan program bersama dengan badan-badan lain
c.    Aktiviti majlis-majlis kemasyarakatan
d.    Aktiviti membentuk bank data ahli kariah

Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
1.    Majlis penyampaian sumbangan ibu tunggal/keluarga miskin, surau dibawah kariah MAF di awal Ramadhan.
2.    Majlis penyampaian sumbangan anak yatim/anak miskin pertengahan Ramadhan.
3.    Takbir hari raya rumah ke rumah pada malam hariraya Eidul Fitri dan Eidul Adha.
4.    Sambutan hari raya Eidul Fitri
5.    Majlis berkhatan kanak-kanak beramai-ramai.
6.    Penyampaian barang-barang dapur untuk fakir miskin, ibu tunggal    Dari masa ke semasa bergantung kepada kecukupan bekalan. Sumbangan orang ramai melalui wakaf khas disediakan dipejabat pentadbiran masjid dan tingkat 1 Pasaraya Mydin USJ1.
7.    Majlis Korban.

Rumusan
Secara amnya, aktiviti biro ini berjaya mencapai objektifnya dan mendapat kerjasama pelbagai pehak bagi memberi banyak faedah kepada masyarakat setempat. Database keluarga miskin, ibu tunggal, OKU, anak yatim bagi kariah MAF telah dikemaskinikan untuk simpanan masjid.  Senarai nama ini berguna untuk mereka menerima pelbagai insentif dari pejabat ADUN, Ahli Parlimen mahupun pehak Mais/Jais sendiri.