BIRO KEBAJIKAN

Pengenalan
Setinggi penghargaan diucapkan kepada Nazir Masjid, para AJK dan Ketua Biro serta warga kerja Masjid Al Falah di atas kerjasama yang diberikan dalam pentadbiran Biro Kebajikan.

Pelbagai program dapat dijalankan dengan sistematik dan efektif dalam mengimarahkan rumah Allah SWT dengan kerjasama yang terlibat. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan pentadbiran Biro Kebajikan, secara langsung mahupun tidak langsung, bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah Islamiah di antara para jemaah malah dapat memantapkan lagi pengurusan Masjid dari semasa ke semasa.

Secara keseluruhannya, Biro Kebajikan dapat membuktikan peranannya sebagai biro yang bertanggungjawab terutamanya kejayaan dalam mengendalikan program yang berbentuk jamuan sama ada jamuan ringan mahupun jamuan besar-besaran.

Senarai AJK
Ketua
Haji Che Mohamed bin Che Hussin
Ahli
Haji Samsudin bin Dahalan
Ustaz Mohd Yadman bin Sarwan
Haji Wan Murdani Wan Mohamad

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun (Julai 2014 hingga Okt 2015)
a.    Jamuan setiap Malam Jumaat
b.    Jamuan Berbuka Puasa Isnin dan Khamis Bulan Rejab dan Sya’aban 1436H
c.    Jamuan Berbuka Puasa, Moreh, dan Bersahur
d.    Jamuan Berbuka Puasa Isnin dan Khamis Bulan Syawal 1436H
e.    Majlis Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban
f.    Majlis Berbuka Puasa 9 Zulhijjah (Hari Arafah)
g.    Jamuan Majlis untuk Majlis Tahlil sekiranya ada permintaan dari jemaah

Rumusan
Secara keseluruhannya, Biro Kebajikan dapat membuktikan peranannya dan menjadi sebuah badan yang efektif, cemerlang dan gemilang. Namun, demi memantapkan lagi pengurusan Biro Kebajikan, sebarang komen atau pendapat amat dialu-alukan dari semua pihak.