BIRO EKONOMI
Biro Ekonomi dan Pembangunan merupakan biro yang secara khususnya bergerak mencari dana bagi menampung dan menjayakan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak masjid. Usaha penjanaan dana ini dilakukan secara berterusan sepanjang tahun dan ada yang dilakukan berdasarkan projek projek tertentu bersama sama dengan biro biro lain. Projek projek khusus yang biasa dilakukan antara lain adalah seperti berikut:
i. Penajaan khusus untuk program-program bulan Ramadhan
ii. Penajaan khas bagi dana kerja-kerja naik taraf masjid
iii. Penajaan buletin masjid khususnya di bulan Ramadhan
iv. Penajaan bagi program program masjid seperti hari terbuka masjid dll
v. Penajaan khas seperti program kutipan mangsa banjir dll
Disamping itu penajaan dan sumbangan secara terus juga diterima dari badan badan korporat, dan orang peseorangan termasuk Jemaah masjid terutamanya dari kawasan Subang dan USJ . Sumbangan yang diterima ini boleh dikatakan bersifat berterusan iaitu sumbangan yang dilakukan secara sepanjang tahun. Sumbangan ini akan meningkat secara mendadak apabila tibanya bulan Ramadhan.
Walaupun sumbangan yang kita terima ini secara berterusan, pihak biro tanpa merasa jemu terus berusaha dari masa ke semasa untuk meningkatkan lagi sumber sumbangan ini bagi menampung keperluan masjid dan Alhamdullilah peningkatan dapat kita lihat dari segi sumbangan dan penajaan yang diterima oleh pihak masjid.
Sumbangan dan penajaan yang diterima merupakan sumbangan yang pelbagai iaitu sumbangan wang ringgit, tajaan barangan, makanan, minuman dan tenaga kerja. Alhamdullilah segala program yang dijalankan sepanjang tahun sentiasa mendapat sambutan yang menggalakan dari semua pihak tidak kira dari badan korporat dan orang perseorangan. Pihak masjid melalui kesemua biro-biro sentiasa menyalurkan maklumat program program masjid terkini kepada semua Jemaah dan masyarakat secara menyeluruh bagi memastikan maklumat awal dan terkini sampai kepada semua. Ini perlu dan mesti di lakukan secara berterusan dan teratur bagi memastikan setiap program kutipan sumbangan atau penajaan mendapat sambutan dan berjaya mencapai target yang telah diunjurkan.
Ini secara langsung juga dapat memupuk semangat dermawan dikalangan Jemaah dan masyarakat disamping mengwujudkan ikatan silaturahim yang lebih akrab dikalangan Jemaah dan masyarakat luar bersama sama dengan badan korporat dan agensi agensi ngo setempat .
Segala sumbangan dan penajaan dari semua pihak dalam bentuk wang ringgit, barangan, makanan, minuman dan tenaga kerja yang kita terima selama ini diucapkan dengan ucapan jutaan terima kasih tak terhingga dan didoakan agar mendapat balasan yang setimpalnya dari Allah dan InsyAllah kita mengharapkan lebih ramai yang akan tampil memberi sumbangan dan mengambil bahagian didalam program program yang kita lakukan. Disamping itu kita berharap agar masjid Al Falah sentiasa berjaya mencapai matlamat sebagai pusat beribadat yang hebat dan dalam masa yang sama sebagai sebuah tempat penyampaian dakwah yang terulung di negeri Selangor khasnya dan Malaysia amnya.
InshaAllah, Biro Ekonomi dan Pembangunan sentiasa peka terhadap matlamat dan objektif biro ini dan mengalukan alukan segala sumbangan dan penajaan dari para Jemaah masjid, syarikat syarikat korporat dan orang perseorangan dan akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi dimasa hadapan dalam menjana ekonomi masjid dari segi sumbangan dan penajaan dana dari semasa ke semasa.
Dan pihak biro juga memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dan kesilapan dalam menjalankan tugasan ini dan menerima segala teguran dan komen yang membina dengan hati yang terbuka dan ikhlas.
Segala sumbangan ,penajaan ,idea, komen dan pertanyaan bolehlah berhubung dengan saya Mohd Azmi Abdul Hamid ditalian 012-418 1199. Wasallam.