BIRO DAKWAH

Pengenalan
Bagi menjadikan Masjid Al Falah sebagai tempat rujukan para Jemaah bagi mendapatkan pencerahan kepada berbagai permasalahan agama di samping meningkatkan pemahaman dalam urusan agama; Biro Dakwah telah memperbanyakkan kuliah maghrib, Subuh dan Dhuha dan membuat beberapa perubahan terutamanya dalam program Kuliah Maghrib.

Kuliah Maghrib
Rombakan yang agak ketara telah dibuat bagi memastikan kandungan kuliah dan penyampaiannya di pertingkatkan lagi. Beberapa orang penceramah telah diganti disamping slot beberapa penceramah dikurangkan bagi memberi ruang kepada beberapa penceramah baru yang lebih berkaliber dan dapat menarik jemaah seperti;
    Dato Kamaruddin Zakaria
    Ustaz Zamri Zainal Abidin
    Ustaz Muhadir Haji Joll
    Ustaz Sharif Syafie
    Ustaz Ramadhan Fitri
    Dr Hashim Mehat
    Dr Roslan Mohammad
    Ustaz Shauqi Othman
    Ustaz Rashidy Jamil
    Ustaz Hazri Hashim Al Bindany.
    Dr. Ustaz Izani
    Ustaz Wan Haslan
    Kapten Ramizi (KAGAT) dan sebagainya
Mereka yang dipilih adalah berdasarkan kepada kepakaran masing masing dalam bidang bidang yang penting seperti Aqidah, Fekah, Tafsir dan Tasawwuf. Kebanyakkan mereka disarankan agar mengunakkan kitab kitab berdasarkan Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Pengajian Secara Bertalaqqi
Masjid Al Falah meneruskan kesinambungan sebagai salah satu Masjid yang menjadi perintis kepada kaedah penyebaran ilmu secara ini. Antara program yang terus mendapat sambutan yang baik adalah :.
    Pengajian Kitab Sairus Salikin bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam yang sudah memasuki tahun ke – 8 (Jilid 3).
    Pengajian Kuliah Dhuha bersama Dato Dr. Harun Din Al-Hafiz dan banyak lagi

Kuliah Khas Oleh Penceramah Dari Dalam & Luar Negara
Masjid Al Falah terus dipilih untuk mengadakan beberapa siri kuliah dan pengajian talaqqi yang melibatkan penceramah dalam dan luar Negara umpamanya;
i.    Habib Kadzeem Bin Jaafar ( Yaman)
ii.    Syeikh Mohammad Jebril.
iii.    Sheikh Ahmad fahmi Zam Zam
iv.    Shaykh Mohammed Aslam
v.    Habib Zain
vi.    Sheikh Faisal Abdul Razak (Pengerusi Forum Islam Kanada).
vii.    Sheikh Awn Al – Qaddoumi
viii.    Habib Omar Al – Jufri
ix.    Baba Ismail Sepanjang Al – Fathoni
x.    Dan ramai lagi.

Majlis Khusus
Beberapa majlis bagi meraikan hari kebesaran Islam dan majlis khusus terus diadakan  yang diantarnya;
i.    Majlis Mawlid Bersama Ulama Keturunan Rasulullah s.a.w
ii.    Majlis Bacaan Asma Husna
iii.    Majlis bersama Habib Kazeem.
iv.    Haul Imam Al-Haddad
v.    Ceramah Khas Ambang Ramadhan – PU Syed Faiz Al – Idrus
vi.    Peristiwa Israk & Mikraj bersama Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam
vii.    Forum Israk Mikraj – Ibrah Perjalanan Israk & Mikraj
viii.    Rakaman Halaqah TV 9
ix.    Forum Perdana – Pelaburan Akhirat.
x.    Majlis berbuka Puasa Sunat Isnin & Khamis bulan Sya’aban
xi.    Solat sunat Gerhana Bulan
xii.    Daurah Syamail Rasulullah – Syeikh Fahmi Zam Zam
xiii.    Majlis Pelancaran Kitab Selawat Barakat Makiyyah
xiv.    Kembara Dakwah Malaysia 2014 bersama Habib Umar
xv.    Sambutan Nisfu Sya’aban.
xvi.    Majlis Sambutan Israk & Mikraj bersama Habib Zain
xvii.    Daurah Ilmiah – Pengajian hadis Rasulullah S.A.W. dan banyak lagi aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak masjid.

Rumusan
Pada tahun ini penekanan diberikan bagi memantapkan kefahaman kepada fikrah Ahlul Sunnah Wal Jamaah memandangkan begitu banyak serangan dari pihak Wahhabi dan Syiah. Pihak Biro juga berusaha untuk mengadakan beberapa program yang berbentuk pengamalan kepada ilmu yang sudah dipelajari seperti bacaan zikir dan Asma Husna.

Masih banyak yang perlu diperbaiki khususnya kepada usaha dakwah kepada Non Muslim yang belum dibuat secara sistematik dan kosisten. Maka kami dengan ini ingin menjemput kepada sesiapa pun yang sudi membantu baik dari segi nasihat dan kepakaran dalam bidang ini.