Perutusan Aidilfitri 1438H

PERUTUSAN AIDILFITRI 1438H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertamanya, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan kita untuk berada di dalam bulan Ramadhan sekali lagi pada tahun ini. Semoga ia adalah Ramadhan terbaik dalam kehidupan kita.

Tahniah saya ucapkan kepada saudara saudari muslimin dan muslimat para jemaah Masjid al-Falah USJ 9 kerana berjaya mengharungi dan berjuang dalam Madrasah Ramadhan 1438H. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan memberikan ganjaran yang setimpal dengan apa yang telah kita kerjakan.

Setelah sebulan kita di bulan Ramadhan, maka tibalah saat kemenangan. Iaitu kehadiran bulan Syawal. Di kesempatan ini, saya mewakili barisan pentadbiran dan pengurusan Masjid al-Falah USJ 9 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga kita mampu konsisten dan istiqamah dalam amal ibadah kita walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita, yang kita pun pasti, tiada jaminan untuk bersua dengan Ramadhan 1439H nanti.

Siiru ‘ala baarakatillah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

 

DATO SERI SYED ZAINAL ABIDIN SYED MOHAMED TAHIR
Nazir
Masjid al-Falah USJ 9.

Nota:
Solat Sunat Aidilfitri di Masjid al-Falah USJ 9 akan bermula pada jam 8.30 pagi pada 1 Syawal. Kaunter zakat fitrah akan ditutup bermula jam 8.00 pagi bagi memberi peluang para amil yang juga pegawai-pegawai Masjid al-Falah USJ 9 untuk membuat persediaan bagi solat sunat Aidilfitri.

Gambar:
Dari kiri: DS Syed Zainal Abidin (Nazir), Ir Wan Murdani (Timbalan Nazir), Tn Hj Kamil (Setiausaha), Tn Khairul Anuar (Penolong Setiausaha), Tn Haji Abdul Halim (Bendahari), Ustaz Haji Muhammad Hakimi (Imam III), Ustaz Fahmi Bazlan (Bilal I), Tn Zulkifli (Siak I), Tn Meor Zuhaini (Biro Keselamatan), Tn Hj Che Mohamad (Biro Kebersihan dan Penyelenggaraan), Tn Haji Yusoh (Biro Sajian dan Keraian), Tn Haji Mat Nor (Pemeriksa Kira-kira), Tn Haji Azmi (Pemeriksa Kira-kira) dan Tn Hasmi (Pegawai Pentadbiran).

Tiada dalam gambar:
Ustaz Mohd Zuwairi (Imam I), Ustaz Fakhrol Razi (Imam II), Ustaz Mohd Hanan (Bilal II), Tn Hafizal (Siak II), Pn Hajah Rohana (Biro Kebajikan), Sdr Zakri (Wakil Pemuda), Pn Hajah Salwa (Wakil Muslimat), Tn Azizul (Pegawai Kewangan).

Skip to toolbar