Pusat Pendaftaran Pengislaman

pusat-pendaftaran-pengislaman-IKLANAlhamdulillah, Masjid al-Falah secara rasminya dilantik menjadi Pusat Pendaftaran Pengislaman bermula 26hb Januari 2017.

Fungsi bahagian ini ialah untuk mensyahadahkan para mualaf seterusnya mendaftarkan mereka. Amalan sebelum ini, para mualaf disyahadahkan di Masjid al-Falah, kemudian mereka diminta untuk ke JAIS Shah Alam bagi mendaftarkan pengislaman mereka. Dengan perlantikan ini, maka Masjid al-Falah akan menjadi pendaftar terus sekiranya ada pemohon yang ingin melafazkan syahadah di Masjid.

Dokumen yang diperlukan dari pihak pemohon adalah seperti di bawah:
– 3 keping gambar berukuran passport
– Salinan myKad atau passport. Sekiranya passport, mestilah masih sah dan juga status permit adalah sah untuk berada di Malaysia secara legal.
– Salinan myKad atau passport dua orang saksi lelaki berumur 18 tahun ke atas.

Sebelum disyahadahkan, pemohon akan diterangkan secara jelas berkenaan Islam.

Selepas syahadah, pemohon akan diberikan sepucuk surat pengesahan pengislaman dari pihak Masjid, kemudian mereka akan diminta untuk menghadiri Kursus Bimbingan Asas Mualaf bagi mendapatkan kad Islam. Seterusnya mereka akan diminta untuk menyertai Kelas Fardhu Ain Mualaf yang ada di kawasan mereka.

Pemohon perlu menghubungi masjid (03-8011 6949) untuk temujanji dan mereka yang boleh mengsyahadahkan mualaf adalah tetuan Nazir, timbalan Nazir, Setiausaha, tetuan Imam dan tetuan Bilal serta para AJK dan pegawai yang lain. Temujanji diperlukan bagi memastikan majlis berjalan lancar dan diharapkan tidak dibuat secara walk-in. Tiada mana2 pihak yang dilantik untuk mensyahadahkan selain dari di atas, Tugasan Ustaz Haji Muhammad Hakimi (Imam III) merangkap ketua Unit Mualaf adalah sebagai pencatat rekod dan kemudian menghantar borang pendaftaran mualaf ke Pejabat Agama Islam Daerah.

Sekiranya dokumen tidak lengkap, pemohon akan diberikan surat pengesahan pengislaman tanpa surat pengesahan pengislaman rasmi dari pihak Masjid. Mereka akan diminta untuk melengkapkan secepat yang mungkin dokumen yang berkaitan bagi mempercepatkan proses pendaftaran.

Pendaftaran pengislaman untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun memerlukan kebenaran ibu atau bapa atau penjaga rasmi kepada kanak-kanak tersebut. Ibu atau bapa atau penjaga rasmi WAJIB hadir bersama dengan kanak-kanak tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan, kemusykilan dan khidmat nasihat, sila hubungi Ustaz Haji Muhammad Hakimi 019-951 1183 (9 pagi hingga 10 malam sahaja).

Skip to toolbar