Qurban & Aqiqah 1437H

qurban2016m

Masjid al-Falah akan mengadakan majlis Qurban dan Aqiqah bersempena dengan Aidiladha 1437H yang bakal menjelang. Untuk tahun ini, sebanyak 15 ekor lembu dan 5 ekor kambing telah diperuntukkan dan tidak akan ada penambahan (buat masa ini).

Sehingga sekarang (08.08.16), baki bahagian lembu yang masih belum ditempah adalah 63/105 dan kambing kesemua 5 ekor sudahpun ditanda.

Isikan nama anda di papan putih yang telah disediakan atau hubungi pihak pejabat 03-8011 6949 (waktu pejabat) untuk tempahan awal. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau cek atau melalui pindahan bank (bank transfer) atau bank-in ke akaun Bank Islam: 12-065-01-000900-5 atas nama Masjid al Falah USJ 9.

Firman Allah SWT:
Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” surah al-Baqarah 2:148.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar