Naiktaraf Penghawa Dingin dan Pintu Kaca

Pihak Masjid al-Falah juga menyeru kepada individu dan syarikat-syarikat yang ingin turut sama dalam menjana saham akhirat untuk menampung kos perbelanjaan naiktaraf sistem penghawa dingin masjid dan juga pintu kaca. Untuk mereka yang ingin membuat pengecualian cukai LHDN, boleh rujuk kepada pihak pejabat. Alhamdulillah, Masjid al-Falah telah mendapat kelulusan pengecualian cukai dari pihak LHDN.

Moga2 setiap darah yang mengalir dalam badan para jemaah masjid yang selesa akan menjadikan pahala kepada para penyumbang sentiasa mengalir masuk dalam akaun mereka.

Pihak masjid masih berhutang dengan pihak kontraktor RM300,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu Sahaja).

Terima kasih atas segala sumbangan anda.

Pihak masjid telah menambah sejumlah 24 ++ unit penghawa dingin siling dan empat unit penghawa dingin dinding. Pintu kaca dipasang di setiap pintu masuk masjid (8 pintu).

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar