Kursus Pengurusan Jenazah Muallaf Diutamakan

kursus-pengurusan-jenazah

 

Review & Report
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH (MUALLAF DIUTAMAKAN)
26 April 2015
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Dewan Kuliah, Masjid al-Falah, USJ 9.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah mengizinkan program ini berjalan lancar.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kuota pendaftaran sebanyak 30 tempat dipenuhi. 13 muallaf dan bakinya adalah mukallaf. Kaum muslimah majoriti dalam program ini dengan hampir 22 orang dari peserta adalah muslimah.

Program dimulai dengan pendaftaran kehadiran, menerima dokumentasi iaitu fail, pen, buku panduan mudah urus jenazah dan buku nota. Kemudian para peserta dihidangkan dengan nasi lemak sebagai sarapan pagi.

Untuk sesi teori, pembentangnya adalah Ustaz Muhammad Hakimi iaitu Imam III merangkap ketua Biro Muallaf. Menggunakan teknik video sebagai alat bantu, beliau mengulas tentang hakikat pengurusan jenazah dan yang berkaitan dengannya. Antaranya tanggungjawab waris ketika sebelum meninggal, selepas meninggal dan kemudiannya cara-cara menguruskan jenazah.

Untuk sesi praktikal pula, moderator untuk peserta muslimin adalah Ustaz Hakimi dan untuk muslimat, puan Hajah Shamsiah – pengurus jenazah wanita di Masjid al-Falah.

Program berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan makan tengahari, penyampaian sijil dan elaun kehadiran kepada para muallaf.

Terima kasih kepada rakan kerjasama, Biro Khairat Kematian  dan juga pihak Bank Rakyat dan Bank Muamalat Malaysia atas segala kerjasama dan bantuan. In shaa Allah, kita akan bekerjasama lagi di kemudian hari.

* Kami juga telah membuat group di Whatsapp untuk sebaran maklumat bersama dengan para peserta. Koleksi gambar semasa program boleh dicapai di FB Masjid al-Falah atau melalui link ini: FB al-Falah Care USJ 9

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar