Car Boot Sale 10/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Car Boot Sale Masjid al-Falah datang lagi. Memberi ruang kepada Eiduladha dan sambutannya yang diadakan di Masjid al-Falah pada hari Isnin, 6 Oktober 2014 bersamaan dengan 11 Zulhijjah, CBS untuk bulan Oktober hadir pada hari Sabtu minggu kedua iaitu pada 11 Oktober 2014. Sebanyak 52 tapak yang disediakan untuk para jemaah, peniaga dan juga yang hanya sekadar mencuba berniaga. Sambutan suram yang dialami pada bulan September 2014 sepatutnya diubah kepada meriah bagi meraikan dan juga memakmurkan masjid di samping menggerakkan ekonomi sesama Muslim.

Aktiviti sampingan untuk CBS 10/2014 adalah Seminar (Miracle of Islam) Sembelihan di sisi Islam yang bertujuan untuk pendedahan kepada hadirin yang hadir tentang bagaimana syariat Islam dalam penyembelihan memberikan kesihatan dan keberkatan kepada makanan dan seterusnya kepada kehidupan seorang Muslim khususnya dan manusia amnya. Hand-out disediakan. Ayam untuk praktikal dan seterusnya untuk BBQ juga disediakan. PERCUMA untuk yang hadir.

Jemput datang ya!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar