Aktiviti pada Hari Raya Aidiladha 1435H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat menyambut Aidiladha 1435H, semoga segala pengorbanan kita selama ini diterima Allah SWT. Bagi mereka yang sedang menunaikan ibadah haji sekarang ini, juga mereka yang telah, dan juga mereka yang berniat dan berazam untuk melaksanakannya di masa hadapan, mudah-mudahan kalian mendapat haji yang mabrur, sa’i yang masykur, dan dosa yang diampunkan.

Bagi mereka yang tidak diberikan rezeki ke sana, dan mengambil qudwah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, mudah-mudahan RM550 (1 bahagian lembu) atau RM900 (seekor kambing biri-biri) yang diserahkan kepada pengurusan Qurban 1435H pada tahun ini dalam keadaan ikhlas dan juga diterima oleh Allah SWT. Juga korbankan sifat-sifat mazmumah yang masih ada lagi dalam diri kita selepas menduduki peperiksaan universiti Ramadhan dua bulan yang lepas.

Berikut adalah aktiviti masjid al-Falah sepanjang Aidiladha ini:
04.10.2014 :
Qiamullail dan bersahur. Puasa sunat sempena 9 Zulhijjah 1435H (tidak berhajat untuk menerangkan tentang Malaysia 9 Zulhijjah, Saudi 10 Zulhijjah). Juga tuan puan dijemput untuk majlis berbuka puasa nanti di Masjid al-Falah, USJ 9.
Selepas Maghrib, takbir hari raya hingga Isyak. Selepas Isyak, takbir di masjid dan juga di rumah-rumah yang berminat untuk menerima tetamu di malam hari raya.
05.10.2014 :
Solat sunat hari raya Aidiladha akan bermula jam 8.00 pagi, dimulakan dengan takbir. (Tuan puan amat-amat digalakkan untuk hadir solat Subuh berjemaah sekali. Solat raya sunat sahaja, solat Subuh itu yang fardhu).
06.10.2014 :
Majlis Qurban 1435H. Buat masa ini, jumlah lembu adalah 27 ekor dan kambing biri-biri 15 ekor. Lembu pertama akan disembelih pada jam 7.00 pagi (tepat, in shaa Allah). Sarapan disediakan. Kepada mereka yang ingin mengambil tempat sebagai sukarelawan, sila datang awal. Hanya yang mendapat kupon sahaja yang diiktiraf sebagai sukarelawan. Kepada peserta juga, diharap dapat datang awal untuk melihat sendiri darah (atau boleh juga menyembelih sendiri) yang akan keluar dari leher haiwan qurban anda. Mudah-mudahan mengalirnya darah itu, akan turut sama mengalirnya sifat-sifat mazmumah dan dosa-dosa keluar dari badan anda. Semua haiwan qurban akan disembelih di perkarangan tempat letak kereta Masjid al-Falah USJ9. Tiada sebarang kenderaan yang dibenarkan masuk.
Jangkaan bermula agihan untuk peserta adalah jam 10.00 pagi dan untuk awam adalah jam 10.45 pagi, in shaa Allah.

Siiru ‘ala baarakatillah.
Selamat berpuasa.
Selamat hari raya Aidiladha. Kepada yang pulang ke kampung, semoga selamat pergi dan balik. Dan diharap dapat bersabar dengan trafik dan juga jangan lupa untuk isi minyak kenderaan anda penuh.

Dari meja Pejabat

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar