Sambutan Nuzul al-Quran

 

nuzul-quran-4in1

Majlis Sambutan Nuzul al-Quran di Masjid al-Falah, USJ 9 akan bermula dari program Qiamullail yang akan diimamkan oleh al-Fadhil Ustaz Tarmizi Ali, Johan Tilawah Antarabangsa 2014. Sahur disediakan.

Kemudian pengisian kuliah Subuh yang akan disampaikan oleh al-Fadhil Dato’ Ustaz Mohd Zawawi bin Yusoh, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Jam 8.30 pagi, program Khatam al-Quran yang akan dipimpin oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Zuwairi bin Mohd Yusof, Imam 1 Masjid al-Falah USJ9.

Untuk slot kuliah Dhuha pada jam 10.30 pagi, penceramah yang dijemput adalah Syeikh Abdul Aziz Mohamad Ghonim dari Mesir. In shaa Allah beliau akan bercakap dalam bahasa Melayu dialek Kelantan 🙂

Untuk slot kuliah Maghrib akan disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll.

Dijemput hadir beramai-ramai bersama dengan keluarga masing-masing.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar