Al-Falah Care di Masjid al-Falah USJ9

IMG_2516

Bermula dari Januari 2014, satu biro baru telah dipersetujui oleh pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid al-Falah USJ9 yang bertujuan untuk menjaga kebajikan dan memberikan pendidikan dan tarbiah kepada para muallaf di sini. Nama yang dipersetujui adalah Biro Muallaf atau dengan nama manjanya al-Falah USJ9 Care iaitu mengikut rentak nama Muallaf Care yang berada di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Diketuai oleh Imam 3, Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai yang dilantik sebagai Panel Dakwah Muallaf (PDM) oleh pihak MAIS, biro ini juga dibantu oleh AJK dan pegawai masjid. Disertai juga guru-guru dari KAFA al-Falah.

Buat masa ini, jumlah pelajar yang aktif dalam al-Falah Care ini adalah seramai 2 orang. Menerima pelajar baru seramai 2 orang pada bulan Jun, Alhamdulillah.

Selain dari pendidikan dan kebajikan, al-Falah Care juga memberikan peluang dan bantuan kepada para muallaf untuk memulakan perniagaan seperti:

  1. Puan Nur Fatimah binti Abdullah: Berniaga kerepek dan makanan ringan.
  2. Encik Azad Ali: Pemandu teksi.

Pihak al-Falah Care juga menerima bantuan dan sumbangan dari mana-mana pihak untuk membantu para muallaf ini, samada sokongan semangat dan motivasi, mahupun juga berbentuk kewangan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar